Tuesday, October 12, 2010

Pendekatan dakwah kepada belia part ketiga

Program dakwah mendekati golongan belia memerlukan pendekatan yang khusus. Berdakwah tidak hanya dilakukan di masjid dan surau semata-mata. Sekiranya ingin berdakwah kepada golongan belia makan perlulah mendekati dan mendampingi golongan itu dimana mereka berada. Pendakwah perlu bijak memahami dah berkomunikasi dengan kumpulan sasaran. Jangan mudah melemparkan tuduhan yang secara langsung akan menjauhkan kumpulan sasaran daripada kumpulan pendakwah. Menyalahkan golongan belia berkaitan keburukan yang dilakukan sebenarnya membuka pelung di dada yang mana tanda kegagalan semua pihak mendidik dan mengawal belia. Untuk menarik golongan yang terlibat gejalan negative bukan dilakukan dengan seruan yang dilakukan di masjid. Sudah pasti golongan tersebut tidak mendengar kerana mereka jarang ke masjid dan sebaliknya seruan itu hendaklah dilakukan dengan cara dakwah pergi dimana golongan itu berada

Pendakwah perlu mengubah penampilan diri, berpakaian seperti golongan belia, pendakwah perlu berani masuk ke disko, melalui lorong belakang dan bergaul bersamagolongan mat lepak, pendakwah perlu mengetahui cara hidup golongan belia yang terpengaruh gejalan negative kerana kejayaan dakwah di nilai dari cara mana ia dijalankan. Hidayah membuka hati seseorang didakwah mengikut apa yang di seru kepadanya adalah urusan Allah yang menentukannya

No comments:

Post a Comment