Tuesday, October 12, 2010

Pendekatan dakwah kepada belia part pertama

Belia memikul tanggungjawab berat kepada sesebuah masyarakat sebagai kelompok bertenaga berwawasan, potensi diri mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Belia mesti mengunakan kelebihan ini sebaik mungkin untuk mencapai satu tahap hidup yang baik dan menyumbang kea rah kebaikan kepada agama dan Negara namun keistimewaan ini mendatangkan keburukan jika tidak dibimbing dan dipergunakan mengikut lunas agama. Hal ini dapat dilihat dalam masyarat yang mana jumlah belia yang terlibat dalam masalah social dan jenayah semakin meningkat . tanpa bimbingan ajaran agama menyebabkan belia terlibat dengan amalan yang jauh menyimpang dari norma kehidupan fenomena ini jika tidak diatasi segera akan merosakkan seluruh komuniti masyarakat dan mencemarkan nama baik islam sebagai agama yang mementingkan pembinaan akhlak dan kehidupan sejahtera

Banyak pihak sekadar membincangkan pemasalah social dihadapi golongan belia tanpa cuba mendekati dan membawa mereka ke landasan kehidupan yang sebenarnya . Membincangkan tanpa tindakan tidak membawa apa2 erti untuk berubah kea rah kebaikan . Bilangan belia yang hanyut dalam dunia melekakan kebebasan, hiburan maksiat dan jenayasemakin meningkat. Sesungguhnya amat malang sekali keadaan itu terjadi ketika Negara melaung-laungkan dasar social Negara yang mengimpikansebuah Negara yang harmoni , ceria, maju dan persekitaran selamat untuk semua

No comments:

Post a Comment