Tuesday, October 12, 2010

Pendekatan dakwah kepada belia part ketiga

Program dakwah mendekati golongan belia memerlukan pendekatan yang khusus. Berdakwah tidak hanya dilakukan di masjid dan surau semata-mata. Sekiranya ingin berdakwah kepada golongan belia makan perlulah mendekati dan mendampingi golongan itu dimana mereka berada. Pendakwah perlu bijak memahami dah berkomunikasi dengan kumpulan sasaran. Jangan mudah melemparkan tuduhan yang secara langsung akan menjauhkan kumpulan sasaran daripada kumpulan pendakwah. Menyalahkan golongan belia berkaitan keburukan yang dilakukan sebenarnya membuka pelung di dada yang mana tanda kegagalan semua pihak mendidik dan mengawal belia. Untuk menarik golongan yang terlibat gejalan negative bukan dilakukan dengan seruan yang dilakukan di masjid. Sudah pasti golongan tersebut tidak mendengar kerana mereka jarang ke masjid dan sebaliknya seruan itu hendaklah dilakukan dengan cara dakwah pergi dimana golongan itu berada

Pendakwah perlu mengubah penampilan diri, berpakaian seperti golongan belia, pendakwah perlu berani masuk ke disko, melalui lorong belakang dan bergaul bersamagolongan mat lepak, pendakwah perlu mengetahui cara hidup golongan belia yang terpengaruh gejalan negative kerana kejayaan dakwah di nilai dari cara mana ia dijalankan. Hidayah membuka hati seseorang didakwah mengikut apa yang di seru kepadanya adalah urusan Allah yang menentukannya

Pendekatan dakwah kepada belia part kedua

Satu pendekatan paling berkesan untuk mengubati masalah social dan jenayah ialah melalui penghayatan ajaran agama. Kefahaman terhadap ajaran agama adalah banteng paling ampuh untuk mempertahankan diri dari pengaruh negative. Usaha mendekatkan golongan belia kea rah amalan beragama menmerlukan penyertaan semua pihak. Kita memerlukan lebih ramai individu dan kumpulan yang bersedia memainkan peranan sebagai pendakwah. Pergerakan dakwah yang lebih menyeluruh kepada golongan belia dan secara konsisten dapat membantu menangani masalah di timbul golongan belia sekarang..

Pengertiaan dakwah ialah mengajak , menyeru memimpin dan menbantu diri sendiri dan orang lain agar bersama-sama menghayati ajaran islam dengan melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Dakwah adalah satu keperluaan bagi setiap orang, terutama bagi orang yang berisiko terpengaruh dengan budaya negatif. Individu yang ingin melaksanakan tugas dakwah tidak semestinya berjanggut, berserban atau berketayap dan berjubah. Pakaian tidak melambangkan kedudukan dan kemampuaan. Semua orang layak berdakwah mengajak orang melakukan kebaikan dan menjauhi amalan bertentangan kehendak agama mengikut kemampuaan masing-masing

Pendekatan dakwah kepada belia part pertama

Belia memikul tanggungjawab berat kepada sesebuah masyarakat sebagai kelompok bertenaga berwawasan, potensi diri mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Belia mesti mengunakan kelebihan ini sebaik mungkin untuk mencapai satu tahap hidup yang baik dan menyumbang kea rah kebaikan kepada agama dan Negara namun keistimewaan ini mendatangkan keburukan jika tidak dibimbing dan dipergunakan mengikut lunas agama. Hal ini dapat dilihat dalam masyarat yang mana jumlah belia yang terlibat dalam masalah social dan jenayah semakin meningkat . tanpa bimbingan ajaran agama menyebabkan belia terlibat dengan amalan yang jauh menyimpang dari norma kehidupan fenomena ini jika tidak diatasi segera akan merosakkan seluruh komuniti masyarakat dan mencemarkan nama baik islam sebagai agama yang mementingkan pembinaan akhlak dan kehidupan sejahtera

Banyak pihak sekadar membincangkan pemasalah social dihadapi golongan belia tanpa cuba mendekati dan membawa mereka ke landasan kehidupan yang sebenarnya . Membincangkan tanpa tindakan tidak membawa apa2 erti untuk berubah kea rah kebaikan . Bilangan belia yang hanyut dalam dunia melekakan kebebasan, hiburan maksiat dan jenayasemakin meningkat. Sesungguhnya amat malang sekali keadaan itu terjadi ketika Negara melaung-laungkan dasar social Negara yang mengimpikansebuah Negara yang harmoni , ceria, maju dan persekitaran selamat untuk semua